Meh layan love story jap , currently sad mood. Ce bukak lagu Kisah hati by Alyah.
Salleh dan Salleha sedang duduk bersama di taman kampus tanpa melakukan apapun, hanya memandang ke langit sementara sahabat-sahabat mereka yang lain sedang asyik bercanda ria dengan kekasih masing2.
Salleha : Ahhh! Aku bosan. Aku harap aku juga mempunyai kekasih yg dapat bersama berbagi waktu denganku.
Salleh : Nampaknya cuma tinggal kita berdua saja yg masih single mingle, masih tidak mempunyai pasangan sekarang. (keduanya mengeluh dan berdiam beberapa saat)
Salleha : Aku ada idea best ni. Kita adakan permainan jom?
Salleh : Errr? Permainan apa?
Salleha : Ermmmm sonang tu bah. Apa kata kau jadi kekasihku dan aku jadi kekasihmu tapi hanya untuk 100 hari saja. Camne okay tak?
Salleh : Baiklah, lagipun aku juga belum mempunyai agenda apa2 untuk beberapa bulan ni.
Salleha : Laa cam tak ikhlas je. Nak tak nak? Semangat sikitlah! hari ini akan menjadi hari pertama kita bercouple. Kita nak ke mana sekarang?
Salleh : Camne kalo kita tgk wayang je?
Salleha : Ok set! Jom kita pergi sekarang. Pastu kita pergi karaoke.
(mereka berdua pon pergi menonton, berkaraoke dan Salleh menghantar Salleha selepas itu)
Hari ke 2 :
Salleh dan Salleha menghabiskan waktu untuk berbual dan bercanda di kafe, suasana kafe yang remang2 dgn alunan muzik yg syahdu membawa hati pada mereka pd situasi yg romantis. Sebelum pulang, Salleh membeli sebuah kalung perak yg berloketkan sebiji bintang untuk Salleha.
Hari ke 3:
Mereka pergi ke Mall membeli-belah untuk mencari hadiah kepada sahabat mereka. Akhirnya mereka memutuskan untuk membeli seutas jam tangan. Setelah itu mereka beristirihat dan duduk lepak di foodcourt, makan sepotong kuih dan satu gelas jus berdua dan mulai berpegangan tangan untuk pertama kalinya.
Hari ke 7 :
Bermain bowling dengan teman-teman Salleh. Tangan Salleha terasa sakit kerana tidak pernah bermain bowling sebelumnya. Salleh memicit-micit tangan Salleha dengan lembut.
Hari ke 25 :
Salleh mengajak Salleha makan malam di Danga Bay. Bulan sudah menampakkan diri, langit yang cerah menghamparkan ribuan bintang dalam pelukannya. Mereka duduk menunggu makanan, sambil menikmati suara desir angin berpadu dgn suara gelombang bergulung pantai. Sekali lagi Salleha memandang langit dan melihat bintang jatuh. Dia mengucapkan suatu permintaan dalam hatinya.
Hari ke 41 :
Salleh menyambut ulang tahun. Salleha membuat kek ulang tahun untuk Salleh. Bukan kek buatannya yg pertama, tetapi kasih sayang yg mulai timbul dalam hatinya membuat kek buatannya itu menjadi yg terbaik. Salleh terharu menerima kek itu dan dia mengucapkan suatu harapan saat meniup lilin ulang tahunnya.
Hari ke 72 :
Pergi ke Suntec City di Temasik. Melihat meriahnya pameran dari negeri China. Salleha mengajak Salleh untuk mengunjungi salah satu kiosk "Fortune Telling". Sang peramal hanya mengatakan "Hargai waktumu bersamanya mulai sekarang". Kemudian peramal itu menitiskan airmata.
p/s : Korang jangan pandai2 besok gi jumpa tukang telek pulak. Tang ni nak sedapkan cite je.
Hari ke 84 :
Salleh mengusulkan agar mereka berlibur ke pantai. Pantai Desaru kelihatan sepi kerana bukannya waktu percutian bagi orang lain. Mereka melepaskan sandal dan berjalan sepanjang pantai sambil berpegangan tangan, merasakan lembutnya pasir dan dinginnya air laut menghempas kaki mereka. Matahari terbenam dan mereka berpelukan seakan tidak ingin berpisah lagi.
p/s lagi : Tang peluk2 ni pon. Korang jangan pulak nanti serang jebat pasal buat adegan peluk2. Saje je nak panjangkan cite.
Hari ke 99 :
Salleh memutuskan agar mereka menjalani hari ini dengan bersantai sambil berputar2 tanpa arah tujuan keliling bandar dan akhirnya duduk di sebuah taman.
1520hours
Salleha : Aku haus, rest kejap okay.
Salleh : Tunggu sini, aku beli minuman dulu. Ko nak minum apa?
Salleha : Biar aku jela yg beli. Ko kan penat putar stereng keliling bandar harini. Kejap ye.
Salleh mengangguk. Kakinya memang suka simpul biasa atau cramp kalau lama memandu.
1530hours
Salleh : Ada apa Cik?
Orang asing : Ada seorang perempuan dilanggar kereta. rasa2nya temanmu tadi.
Salleh segera berlari bersama orang itu. Di sana, dia atas jalan yg panas terjemur terik matahari siang, tergeletak tubuh Salleha bersimbah darah, masih memegang botol minumannya. Salleh segera menelefon ambulan dan langsung mengikut Salleha ke hospital bersama ambulan. Selama 8 jam 10 minit, Salleh tidak senang duduk di ruang menunggu bilik kecemasan. Fikirannya bercelaru. Seorang doktor keluar dgn wajah penuh penyesalan.
2353hours
Doktor itu memberikan sekeping surat yg terkena percikan darah kepada Salleh dan Salleh segera masuk ke bilik rawatan untuk melihat Salleha. Wajahnya pucat tetapi kelihatan damai. Salleh duduk di sisi pembaringan Salleha dan menggenggam tangan Salleha dgn erat. Untuk pertama kali dalam hidupnya, Salleh merasakan torehan luka yg sangat dalam di hatinya. Butiran airmata mengalir dari kedua belah matanya. Kemudian dia membaca surat yg telah ditulis oleh Salleha untuknya.
Sahabatku Salleh,
Ke 100 hari kita sudah hampir berakhir. Aku menikmati hari2 yg telah ku lalui bersamamu. Walaupun kadang2 kau buat derk dan tidak dapat ku membuat telahan, tetapi semua perkara tu telah membawa kebahagiaan dalam hidup aku. Aku sudah menyedari bahawa kau adalah jejaka yg berharga dalam hidupku. Aku menyesal tidak pernah berusaha untuk mengenalmu lebih dalam lagi sebelumnya. Sekarang aku tidak minta apa2, hanya berharap kita dapat memperpanjang hari2 kebersamaan kita. Sama seperti yg ku ucapkan pd bintang jatuh malam itu di pantai. Aku ingin kau menjadi cinta sejati dalam hidupku. Aku ingin menjadi kekasihmu selamanya dan berharap kau juga akan berada di sisiku seumur hidupku. Salleh, aku sangat sayang padamu.
Kesudahannya korang sendiri la yg reka. Tapi agak2 kesimpulan kita same tak? Berbeza kot. Cinta itu fitrah, dan perasaan yg hadir dalam diri kita bukanlah haram. Kita je yg mengotorkan cinta yg suci. Cinta tak salah dan bercinta pun tak salah. Yg menjadi salah bila kita rosakkan cinta dengan macam2 bende yg buruk, tak kiralah dari sudut norma atau agama. Sememangnya Allah menjadikan wanita dan lelaki itu untuk saling memahami kerana mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
15 comments:
mane hari ke 100 nye...
@mohd firdaus; AGAK2?
clash.....ahahaha
hari 100 depa pi taiwan tgk bola... :)
@firdaus
@sepupu
@khairil
Da wat entry full :)
pstu ppuan tu hdup lg ke x??hehehe
oh...makin suspen lagi cerita ni..apa jadi kat Salleha? survive tak?...
huhu...bnyak moral ye cerite ini...tp pdku ttp sedih...huaaaaaaa
@firdaus
Awk la jadi director :)
@khairil
Aww, en Khairil nak Salleha survive tak?
thanks Anonymous. Hati salju gak awk kan :p
biase le....muke legend..hati cute..haha
Knon2 jambu la tu. Haha.
anda tau sy jmbu cmnerkn..hahahahhaahha...
Aww, tatau lg, Ce tonjolkan. Sy na tgk :P
cm jmbu batu ler...hahahahahahhh
jambu batu comel :)
Post a Comment